Polisi Privasi
Polisi ini menerangkan cara Lentera Nusantara Sdn. Bhd. [202101034947 (1435247-U)] ("kami") mengumpul, menggunakan dan melindungi data melalui laman web kami mylnsb.com dan platform laporan prestasi kami di db.mylnsb.com ("Platform"). Platform ini menyediakan laporan prestasi kempen dan media sosial kepada klien kami dan staf yang menguruskan akaun mereka. Polisi ini selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Malaysia).
1. Data yang kami kumpul
- Akaun pengguna: nama, e-mel dan kata laluan (disimpan dalam bentuk hash) bagi klien dan staf yang diberi akaun.
- Data kempen: amaun kutipan, tarikh, kod kempen dan ID transaksi daripada OnPay dan Google Sheets yang dihubungkan oleh klien atau kami.
- Data media sosial, hanya selepas pemilik akaun memberi kebenaran:
- TikTok: maklumat profil asas (ID pengguna, nama paparan, gambar profil) dan senarai video (ID video, kapsyen, tarikh, gambar muka, pautan, bilangan views, suka, komen dan kongsi).
- Facebook, Instagram dan Threads: senarai post dan metrik agregat seperti views, reach dan interaksi bagi Page/akaun yang dihubungkan.
- Telegram: senarai post dan bilangan views bagi channel di mana bot kami dijadikan admin.
- Data perakaunan: invois dan bayaran daripada QuickBooks Online milik syarikat kami sendiri.
- Kuki: laman web mylnsb.com tidak menggunakan kuki pengiklanan atau penjejakan. Platform hanya menggunakan kuki sesi yang diperlukan untuk log masuk.
- Pelawat laman web: kami tidak mengumpul data peribadi pelawat, kecuali maklumat yang anda hantar sendiri kepada kami melalui e-mel atau telefon.
2. Data yang kami TIDAK simpan
- Data peribadi penderma: nama, nombor telefon, e-mel, alamat dan nombor kad pengenalan. Data ini dibuang sebelum disimpan.
- Kata laluan akaun media sosial. Sambungan dibuat melalui skrin kebenaran rasmi setiap platform.
- Mesej peribadi atau kandungan yang tidak berkaitan dengan laporan.
3. Tujuan penggunaan
Data digunakan hanya untuk:
- memaparkan laporan prestasi kepada klien yang memiliki akaun tersebut, dan kepada staf yang menguruskannya
- mengira prestasi kempen, kos dan pencapaian sasaran
Kami tidak menjual data, tidak menggunakannya untuk iklan, dan tidak berkongsinya dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran.
4. Perkongsian
Data hanya diproses oleh:
- pembekal hosting kami (pelayan di Malaysia/Singapura)
- platform yang dihubungkan, untuk mengambil data sahaja
Data dikongsi hanya jika dikehendaki undang-undang.
5. Tempoh penyimpanan
- Data media sosial disimpan selagi akaun itu dihubungkan.
- Selepas sambungan diputuskan, atau selepas permintaan pemadaman, data dipadam dalam tempoh 30 hari.
- Data kutipan dan perakaunan disimpan selama tempoh perkhidmatan dan tempoh yang dikehendaki undang-undang perakaunan.
6. Keselamatan
- HTTPS
- token akses disimpan secara terenkripsi
- kawalan akses ikut peranan
- had cubaan log masuk
- pengesahan dua faktor (pilihan)
- log audit
7. Hak anda
- Anda boleh meminta akses, pembetulan atau pemadaman data anda.
- Anda boleh memutuskan sambungan akaun media sosial pada bila-bila masa, melalui dashboard atau tetapan platform berkenaan.
- Lihat halaman Padam Data.
8. Perubahan polisi
Kami akan mengemas kini tarikh di bawah apabila polisi ini berubah.
9. Hubungi kami
Lentera Nusantara Sdn. Bhd. [202101034947 (1435247-U)], A-1-01, Bangi Street Mall, Bangi Gateway, Jalan Gerbang Wawasan 1, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor · admin@mylnsb.com · 011-5368 4141
Dikemas kini: 19 Oktober 2026