Servis kami
Untuk setiap servis: apa yang kami buat, dan apa yang klien nampak dalam laporan.
Digital Marketing
Apa kami buat
Merancang dan menjalankan iklan Meta dan Google untuk kempen kutipan, termasuk halaman borang sumbangan.
Dalam laporan
Jumlah kutipan (borang dalam talian dan pindahan bank), kos iklan, kutipan bersih, dan ROAS setiap kempen, harian dan bulanan.
Donor Relationship Management (DRM)
Apa kami buat
Menguruskan pangkalan data penderma, dan menghantar mesej serta kempen susulan supaya penderma terus menyumbang.
Dalam laporan
Kutipan setiap kempen DRM, kos penghantaran, dan pulangan.
Konten Sosial
Apa kami buat
Menghasilkan dan menerbitkan kandungan untuk jenama klien di Facebook, Instagram, TikTok, Threads, Telegram dan laman web, mengikut pakej Consistency (bilangan kandungan) atau Reach (bilangan kandungan + sasaran capaian).
Dalam laporan
Bilangan kandungan diterbitkan, dan reach/views gabungan semua platform berbanding sasaran pakej.
Bagaimana sambungan akaun media sosial berfungsi
- Klien atau staf yang diberi kuasa log masuk ke dashboard.
- Tekan Sambung untuk platform berkenaan.
- Platform memaparkan skrin kebenaran rasminya. Pemilik akaun memilih untuk membenarkan.
- Dashboard memaparkan senarai post dan metrik seperti views.
Kami hanya membaca data. Kami tidak menerbitkan, mengubah atau memadam apa-apa melalui sambungan ini. Sambungan boleh diputuskan pada bila-bila masa. Lihat Padam Data.